Dasar Privasi

Konami Amusement Co., Ltd. (“Konami,” atau “kami,” atau seumpamanya) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Jepun yang beribu pejabat di 1, Ikejiri, Takata, Ichinomiya, Aichi 491-0125, Jepun. Konami mengakui kepentingan privasi pelanggan kami (“anda” atau “kamu” atau seumpamanya) dan Konami mengendalikan maklumat anda (“Maklumat”) dengan mematuhi undang-undang perlindungan maklumat peribadi yang berkenaan dan selaras dengan dasar berikut.

Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada mana-mana perkhidmatan atau produk di mana kami mempunyai dasar berasingan dan individu bagi pengendalian Maklumat. Sebaliknya, dengan menggunakan perkhidmatan atau produk kami, anda membenarkan kami untuk mengumpul, menyimpan, mengakses, mengguna dan memindahkan Maklumat anda seperti yang diterangkan di dalam Dasar Privasi dan Dasar Pengendalian Maklumat kami.

<Kandungan>

Pengumpulan Maklumat

Konami mengmpul Maklumat seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat.

Laman web kami menggunakan kuki dan teknologi lain untuk pelbagai tujuan, termasuk membezakan anda daripada pengguna lain. Ini akan membantu kami menyediakan anda dengan pengalaman yang baik apabila anda melayari laman web kami dan juga membenarkan kami meningkatkan laman web kami, serta memaparkan iklan yang relevan dengan minat anda. Untuk maklumat terperinci, sila baca Notis untuk Kuki dan Teknologi Lain.

Kegunaan Maklumat

Konami menggunakan Maklumat bagi tujuan yang ditetapkan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat.

Pendedahan Maklumat

Pada umumnya, kami tidak memberikan Maklumat kepada mana-mana pihak ketiga lain, melainkan dalam keadaan di mana anda telah memberikan persetujuan; dalam keadaan yang dinyatakan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat;dalam keadaan di mana Maklumat akan didedahkan berhubung dengan penstrukturan semula organisasi atau pelupusan lain bagi semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau saham kami, termasuk berhubung dengan sebarang prosiding kebankrapan atau seumpamanya (dalam keadaan di mana Maklumat anda akan menjadi salah satu aset yang dipindahkan antara syarikat Kumpulan Konami, seperti yang ditakrifkan di bawah, bagi tujuan mana-mana penstrukturan semula sedemikian, atau mungkin didedahkan dan/atau dipindahkan kepada bakal atau pembeli sebenar bagi semua atau mana-mana bahagian perniagaan kami); dalam keadaan di mana Konami dikehendaki mendedahkan Maklumat oleh undang-undang (termasuk undang-undang di luar negara kediaman anda); atau dalam keadaan di mana pendedahan diminta oleh pihak berkuasa kehakiman, pentadbiran atau kerajaan lain (termasuk pihak berkuasa di luar negara kediaman anda).

Kami juga boleh berkongsi Maklumat apabila kami percaya ianya perlu atau wajar: (1) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami; (2) untuk melindungi operasi, hak, privasi, keselamatan atau harta kami dan/atau sekutu kami, anda atau orang lain; dan (3) untuk membenarkan kami meneruskan remedi yang tersedia atau mengehadkan ganti rugi yang mungkin ditanggung oleh kami.

Konami berkongsi Maklumat, bagi tujuan yang ditetapkan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat, dengan ahli Kumpulan Konami (iaitu syarikat di mana KONAMI HOLDINGS CORPORATION mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung, secara khusus, yang disenaraikan di https://www.konami.com/corporate/en/subsidiaries/). Dalam keadaan sedemikian, Kumpulan Konami yang menerima Maklumat akan menggunakan dan menguruskan Maklumat selaras dengan Dasar Privasi ini dan Dasar Pengendalian Maklumat. KONAMI HOLDINGS CORPORATION adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap perkongsian Maklumat di kalangan ahli Kumpulan Konami.

Konami boleh dari semasa ke semasa mempunyai penyedia perkhidmatan mengendalikan Maklumat yang kami kumpul daripada anda bagi mencapai tujuan yang dinyatakan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat. Penyedia perkhidmatan kami mungkin penyedia perkhidmatan pengiklanan dan analisis data.

Pemindahan Rentas Sempadan

Konami boleh dari semasa ke semasa menyimpan dan memproses Maklumat yang dikumpul daripada anda di pelayan yang terletak di negara di luar negara kediaman anda, walaupun apabila kami sendiri yang menyimpan dan memproses Maklumat. Dalam keadaan tersebut, Maklumat anda mungkin dikendalikan selaras dengan undang-undang yang mungkin berbeza daripada undang-undang negara anda. Dengan menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda mempersetujui pemindahan Maklumat anda yang sedemikian.

Permohonan Akses

Jika anda ingin mengakses, atau ingin Konami membetulkan, menghapuskan, atau menghentikan menggunakan Maklumat yang dikumpul daripada anda, sila pastikan permohonan anda selaras dengan prosedur yang diterangkan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya pemilik Maklumat yang dipersoalkan tidak dapat dikenal pasti, atau disebabkan oleh keadaan lain, kami mungkin tidak dapat mematuhi permohonan anda. Tambahan pula, jika anda memohon agar Konami menghapuskan atau berhenti menggunakan Maklumat yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami, kami mungkin tidak dapat lagi menyediakan perkhidmatan kepada anda.

Jika anda ingin menerima salinan Maklumat yang kami simpan tentang anda, sila ambil perhatian bahawa fi pentadbiran mungkin dikenakan.

Hak Privasi California Anda

Jika anda penduduk California, anda mempunyai hak untuk memohon maklumat tertentu berkaitan pendedahan kami terhadap Maklumat anda kepada pihak ketiga bagi tujuan pemasaran langsung menurut Seksyen 1798.83 Kanun Sivil California. Jika anda memohon maklumat sedemikian, sila hantar e-mel kepada [privacypolicy-kam@faq.konami.com] dengan “Hak Privasi California” dalam baris subjek.

Keselamatan Maklumat

Konami berusaha untuk menggunakan langkah-langkah keselamatan yang wajar dan munasabah bagi melindungi Maklumat anda di dalam organisasi kami. Malangnya, tiada penghantaran data atau sistem penyimpanan boleh dijamin selamat 100%. Jika anda yakin bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat, sila segera maklumkan kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di dalam Dasar Pengendalian Maklumat.

Tempoh Penyimpanan

Kami akan menyimpan Maklumat anda untuk tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan yang digariskan di dalam Dasar Privasi ini melainkan tempoh penyimpanan yang lebih panjang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

Kanak-kanak

Kami tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun.

Perubahan kepada Dasar Privasi ini

Dari semasa ke semasa, kami boleh membuat perubahan kepada Dasar Privasi ini. Perubahan ini akan berkuatkuasa apabila ia disiarkan di laman web ini dan penggunaan anda terhadap produk dan perkhidmatan kami selepas perubahan ini bermaksud bahawa anda menerima Dasar Privasi yang telah disemak.

Sejarah Semakan:
  • 9/2/2019