Dasar Pengendalian Maklumat

  1. Pengumpulan Maklumat
  2. Kegunaan Maklumat
  3. Papan Mesej dan Fungsi Seumpamanya
  4. Pendedahan Maklumat
  5. Pilihan Anda; Hak Akses; Maklumat Hubungan
  6. Pihak Ketiga

Pengumpulan Maklumat

Konami boleh mengumpul Maklumat berkaitan anda dalam keadaan seperti berikut. (“Maklumat” di sini bermaksud Maklumat seperti yang ditakrifkan di dalam Dasar Privasi.)

  1. Apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Konami, atau apabila anda mengambil bahagian dalam kempen, pameran perdagangan, persembahan persendirian, atau acara lain yang dianjurkan oleh Konami:

    Nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir, umur, jantina, kecenderungan, suara, negara kediaman, negara asal, pekerjaan, bahasa yang digunakan, nombor kad kredit dan maklumat kaedah pembayaran yang lain, nama samaran anda, soalan untuk mengesahkan kata laluan dan respons berkenaan serta maklumat lain yang diperlukan untuk mengeluarkan pelbagai ID dan menerima aplikasi untuk penyertaan.

  2. Apabila anda membuat pembelian atau menggunakan produk atau perkhidmatan Konami, atau apabila melayari laman sesawang Konami.
    1. Sejarah pelayaran anda apabila ia berkaitan dengan laman sesawang Konami, persekitaran penggunaan internet, termasuk data pengenalpastian peranti, alamat IP, data lokasi anggaran yang diperoleh dari alamat IP, serta pemilihan bahasa yang digunakan untuk melayari laman sesawang, sejarah pemilihan dan pembelian produk dan perkhidmatan, serta penggunaan produk dan perkhidmatan.
    2. Konami boleh mengumpul maklumat berikut apabila anda membuat pembelian dan/atau menggunakan permainan kami atau produk dan perkhidmatan lain melalui komputer anda, peranti permainan yang mempunyai fungsi komunikasi, atau telefon selular atau telefon bimbit lain.

      Maklumat OS dan nama model yang berkaitan dengan peranti atau telefon bimbit di atas; pengenal pasti; ID yang ditetapkan oleh syarikat lain, termasuk Apple, Google, DeNA, GREE, Yahoo! JAPAN atau syarikat lain yang menawarkan platform permainan; rakaman main permainan, keputusan main permainan, rekod cas yang diakses; maklumat lokasi yang boleh didapati dari telefon bimbit; maklumat berkaitan paparan pengiklanan dan publisiti dan sebagainya.
    3. Konami boleh mengumpul maklumat berikut apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami yang mempunyai fungsi rakaman video:

      Kecenderungan anda, termasuk gerak isyarat, riak muka dan pergerakan badan lain
  3. Apabila anda menjawab kaji selidik daripada Konami:

    Item yang memerlukan respons dalam format kaji selidik, termasuk nama anda, alamat atau maklumat hubungan lain, serta kandungan respons anda.

  4. Apabila anda menghubungi meja sokongan pelanggan Konami dan respons Konami kepada permintaan anda:

    Maklumat yang Konami perlukan untuk memberi respons kepada permintaan anda, termasuk nama anda, alamat atau maklumat hubungan lain, kandungan permintaan, kandungan respons dan maklumat lain yang diperlukan untuk respons berterusan berikutnya.

  5. Konami mungkin menerima Maklumat anda dari sumber lain, misalnya pangkalan data awam, rakan pemasaran bersama, platform media sosial (termasuk daripada individu dengan siapa anda berkawan dan sebaliknya berhubung) dan daripada pihak ketiga lain.

Kegunaan Maklumat

Konami menggunakan Maklumat yang dikumpul bagi tujuan berikut.

  1. Untuk membenarkan anda menggunakan produk dan perkhidmatan Perniagaan Hiburan anda serta menyediakan khidmat pelanggan berkaitan kepada anda.
  2. Untuk menyimpan data bagi membenarkan penggunaan permainan yang berterusan, membolehkan anda bermain menentang pemain lain, mencipta kedudukan yang mencerminkan keputusan permainan, mengendalikan kejohanan menggunakan permainan dan sebaliknya menyediakan produk dan perkhidmatan Konami.
  3. Bagi tujuan perniagaan kami, misalnya analisis data, audit, pemantauan dan pencegahan penipuan, membangunkan produk baharu, meningkatkan, menambah baik atau mengubahsuai produk dan perkhidmatan kami, mengenal pasti trend, menentukan keberkesanan kempen promosi kami serta mengendalikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti perniagaan kami.
  4. Untuk menganalisis trafik ke laman sesawang kami.
  5. Untuk memberi maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan Konami, termasuk kemas kini terma, syarat dan dasar kami.
  6. Untuk menghantar notis kepada anda tentang acara yang dirancang dan dianjurkan oleh Konami, misalnya kempen, pameran dan tatapan persendirian, untuk menghantar hadiah dan pemberian percuma, serta untuk mengendalikan acara lain.
  7. Untuk menyediakan pengiklanan, publisiti dan pemasaran produk dan perkhidmatan Konami atau pihak ketiga kepada pengguna, termasuk menyediakan pengiklanan, publisiti dan pemasaran yang disesuaikan dengan citarasa dan minat anda.
  8. Untuk menerima pembayaran bagi peruntukan produk dan perkhidmatan Konami serta memenuhi pembelian anda.
  9. Untuk meminta pandangan dan maklum balas daripada anda mengenai produk dan perkhidmatan Konami, termasuk melalui kaji selidik.
  10. Untuk memberi respons kepada soalan dan pertanyaan daripada anda.
  11. Untuk menyediakan dokumen statistik.
  12. Untuk membenarkan anda menghantar mesej kepada rakan melalui perkhidmatan kami.
  13. Untuk memudahkan fungsi perkongsian sosial.
  14. Apabila kami percaya ianya perlu atau wajar di bawah undang-undang berkenaan, termasuk undang-undang di luar negara kediaman anda:(a) untuk mematuhi proses undang-undang; (b) untuk memberi respon kepada permohonan daripada orang awam dan pihak berkuasa kerajaan, termasuk orang awam dan pihak berkuasa kerajaan di luar negara kediaman anda; (c) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami; (d) untuk melindungi operasi kami atau mana-mana operasi sekutu kami; (e) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta kami, dan/atau sekutu kami, anda atau orang lain; dan (f) untuk membenarkan kami meneruskan remedi atau mengehadkan ganti rugi yang mungkin ditanggung oleh kami.

Papan Mesej dan Fungsi Seumpamanya

Maklumat anda mungkin didedahkan oleh anda di papan mesej, bilik sembang, halaman profil, blog dan perkhidmatan lain di mana anda dapat menyiarkan maklumat dan bahan. Apa-apa Maklumat yang anda siar atau dedahkan melalui perkhidmatan ini akan menjadi umum dan mungkin tersedia kepada pengguna lain dan orang awam. Kami menggesa anda untuk berhati-hati apabila membuat keputusan untuk mendedahkan apa-apa Maklumat mengenai perkhidmatan kami.

Jika anda penduduk California, berumur di bawah 18 tahun dan pengguna berdaftar perkhidmatan kami, anda boleh meminta untuk mengalih keluar kandungan atau perkhidmatan yang telah anda siarkan kepada perkhidmatan dengan menulis kepada [privacypolicy-kam@faq.konami.com]. Sila ambil perhatian bahawa permohonan anda tidak menyebabkan pengalihan keluar lengkap atau komprehensif kandungan atau maklumat, kerana, sebagai contoh, sesetengah kandungan anda mungkin telah disiarkan semula oleh pengguna lain.

Pendedahan Maklumat

Konami boleh menyediakan Maklumat yang tidak membenarkan pengenalpastian individu khusus kepada pihak ketiga, misalnya penyedia perkhidmatan pengiklanan atau analisis data untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pemasaran yang disesuaikan dengan citarasa dan kepentingan anda sekiranya anda memberikan persetujuan atau apabila dibenarkan oleh undang-undang.

Kami hanya akan berkongsi Maklumat peribadi anda (misalnya alamat e-mel anda) dengan pihak ketiga sekiranya anda telah memberikan persetujuan kepada kami untuk berbuat demikian atau seperti yang diterangkan di dalam Dasar Privasi kami.

Maklumat anda mungkin didedahkan kepada rakan anda yang dikaitkan dengan akaun media sosial anda, kepada pengguna lain perkhidmatan dan kepada penyedia akaun media sosial anda, berhubung dengan aktiviti perkongsian sosial anda, misalnya sekiranya anda menghubungkan akaun media sosial anda ke akaun perkhidmatan anda atau log masuk ke akaun perkhidmatan anda dari akaun media sosial anda. Dengan menghubungkan akaun anda, anda membenarkan kami berkongsi maklumat dengan penyedia akaun media sosial anda dan anda memahami bahawa penggunaan maklumat yang kami kongsikan anda dikawal oleh dasar privasi laman sesawang media sosial.

Pilihan Anda; Hak Akses; Maklumat Hubungan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ingin menerima salinan Maklumat yang kami simpan mengenai anda, yakin bahawa kami menyimpan Maklumat yang tidak tepat mengenai anda, ingin menghapuskan Maklumat yang kami simpan mengenai anda, atau ingin menarik balik persetujuan, anda boleh menghubungi kami di [privacypolicy-kam@faq.konami.com]. Sila ambil perhatian bahawa permohonan untuk mengakses ke Maklumat anda mungkin tertakluk kepada bayaran bagi memenuhi kos kami apabila dibenarkan oleh undang-undang.


Kami mungkin perlu mengesahkan pengenalan diri anda sebelum melaksanakan permohonan anda. Kami akan cuba untuk mematuhi permohonan anda secepat yang mungkin untuk dilaksanakan dengan sewajarnya. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin perlu menyimpan maklumat tertentu bagi tujuan penyimpanan rekod dan/atau melengkapkan apa-apa transaksi yang anda mulakan sebelum memohon perubahan atau penghapusan. Ada kemungkinan akan terdapat maklumat sisa yang kekal di dalam pangkalan data kami dan rekod lain yang tidak akan dialih keluar.
Anda boleh memilih untuk tidak menerima e-mel daripada kami dengan mengikuti pautan “hentikan langganan” dalam e-mel daripada kami.

Di samping itu, sila rujuk bahagian Hak Privasi California Anda sekiranya anda penduduk California.

Pihak Ketiga

Dasar Privasi ini tidak menangani dan kami tidak bertanggungjawab terhadap privasi, maklumat atau amalan mana-mana pihak ketiga lain, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman sesawang atau perkhidmatan yang dipautkan ke laman sesawang atau perkhidmatan kami. Di samping itu, kami tidak bertanggungjawab terhadap pengumpulan, kegunaan, pendedahan atau dasar atau amalan keselamatan maklumat organisasi lain, misalnya Facebook, Apple, Google, Microsoft, RIM atau mana-mana pembangun aplikasi lain, penyedia aplikasi, penyedia platform media sosial, penyedia sistem operasi, penyedia perkhidmatan tanpa wayar atau pengeluar peranti.